tipulah kalau seseorang tu kata dia x pernah rasa bahagia
kadang2 kita akan menyoal kembali pada diri kita
di saat kita dihurung duka
adakah aku pernah bahagia?? layakkah aku untuk bahagia?? haruskah duka yang aku dapat??
sebenarnya,, amatlah sangat berdosa andai kita persoalkan itu
Allah telah memberi kebahagiaan kepada kita dengan berjuta cara yang selama ini kita x pernah sedari
kebahagiaan untuk menghirup udara, kebahagiaan untuk berjalan menggunakan 2 kaki, kebahagiaan menyentuh alam bumi ini,,
ya, itu semua adalah kebahgiaan
bagi diri aku sendiri,,
kadangkala aku rasa akulah yg paling sepi sekali
yang paling berduka
namun ada insan lain yang jauh merana daripada aku yang hina ni
bila terfikir pasal ni,, rasa insaf menerpa
di saat itu aku terpikir
Allah telah berikan aku sebuah kedukaan dimana aku harus cari kebahagiaan di sebalik luka itu
aku harus bahagia walau aku berduka!!
aku harus tersenyum walau aku menangis!!
kebahagiaan itu lahir dalam pelbagai cara
kepelbagaian itu yang menjadikan kisah hidup kita berbeza
demi kebahagiaan kita harus berkorban
ternyata kebahagiaan yang paling bermakna adalah apabila kita mampu membuat orang yang tercinta tersenyum bahagia
ya,, bahagia melihat kesayangan kita bahagia walau di saat itu kita dalam kedukaan yang teramat hebatnya......